Ok, kita terus terjun ke dalam kuali eh... Eh silap. Kita terus pergi dapur panaskan kuali dan dapur kita k...?
Berikut adalah bahan-bahannya:
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan
2 peket taucu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4 biji cili merah
3 cm halia
1 sudu teh asam jawa segera
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
*Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit ,kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
Mayang/potong halus bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar. (Bagi anak-anak dara yang nak bagi pakwe makan tu, lada tu biarlah potong kecik sikit, karang tercekik pula laki korang tu.. kah3...)
Selepas tu, terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.
Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.
Haa...siap dah.....! "Abang....! Jom makan.... eee.. sedapnyeeeeee..............! :) "
P.S: Hahaha...bak kata mak aku.
0 komen:
Post a Comment