
-Perniagaan internet.
-Program internet.
-Pelaburan
Secara ringkas saya berikan perbezaan ketiga-tiganya,
1. Perniagaan internet
Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Perniagaan internet terbahagi kepada perkhidmatan dan jualan produk (fizikal atau digital).
Contoh perkhidmatan ialah upah membuat website/blog, banner, menulis artikel (ghost writer) dan sebagainya.Contoh produk fizikal ialah menjual cadar,menjual barangan kesihatan,menjual tikar dan sebagainya. Produk akan dikirim melalui sistem pos.Manakala contoh produk digital ialah menjual ebook,perisian,MP3 ceramah dan sebagainya.
atau pun panduan maybank2u, kerja kerajaan dan sebagainya.
2. Program internet
Antara contoh program internet ialah program yang membolehkan kita mendapat pendapatan dari program pengiklanan dan komisyen jualan seperti Google Adsense, nuffnang, Clickbank,Dapatwang, commission junction, MLM, program-program affiliate dan sebagainya.
3. Pelaburan internet
Pelaburan internet adalah berisiko tinggi. Biasanya program ini digelar pelaburan cepat kaya , sistem piramid atau ponzi. Pelaburan internet adalah program yang meminta kita membayar sejumlah wang dan meminta kita mencari orang bawahan untuk mendapatkan keuntungan. Program ini banyak yang scam (penipuan internet) apabila penganjurnya cabut, ditutup oleh Bank Negara dan sebagainya.
Pelaburan internet biasanya menjanjikan pulangan yang kurang munasabah seperti pulangan 20% sebulan tanpa membuat apa-apa dan jika ingin cepat kaya ialah dengan mencari orang bawah (referal) . Contoh program ini ialah swisscash, ABfund,sistem kutu internet dsb.
Untuk program MLM ,berhati-hatilah kerana memang banyak syarikat MLM yang betul tetapi banyak juga yang menjual produk sebagai wayang sahaja untuk mengkaburkan pihak berkuasa dengan meyediakan produk .Untuk mengenalpasti program MLM yang disyaki sebenarnya program piramid ialah :
- Kata-kata tidak perlu menjual, tidak perlu maintenance bulanan
- Tidak banyak bercerita mengenai produk tetapi lebih kepada bagaimana sistem menjana kewangan dan testimoni jadi jutawan.
0 komen:
Post a Comment