Tuesday, September 18

Pengalaman Buat Loan Koperasi Tentera: Part 1


FIRST TIME BUAT LOAN

Aku mula buat loan berpenjamin di Koperasi Tentera dengan nilai RM12,000.
Aku ada seorang buddy namanya, Shafie.
Disebabkan aku buat loan di bawah nilai RM15,000, maka perlukan 1x penjamin sahaja.
Jika atas dari 15,001 - perlukan 2x penjamin.

Pada awalnya Shafie ni berat hati nak menjadi penjamin aku.
Cerita punya cerita, rupa-rupanya dia pun nak buat loan juga.  tapi RM20k, Cehhhh! pecah tembelang...Akhirnya Pancing aku dah mengena.
Last-last aku jamin dia, dia jamin aku.haha

Kami pun isi borang. Cop sana, sign sini. Lepas seminggu, kami pergi ambil cheque dan tunaikan duit tu di kaunter kepala harimau....apa lagi, maybank ler..

Terketar-ketar tangan aku ni beb.Mana tak nya, orang keliling tengok semacam je.
Risau kena samun.

Lepas dapat duit tu, aku tak boros tau.
Aku simpan dalam agrobank tanpa guna kad.
dah ada kad, gatal nak pi cucuk ATM je sat lagi. hahaha ke situ pulak fikir.

3 bulan kemudian(Masa buat loan: Ogos 2014)

Gaji kena potong = RM561.39 sebulan
ikat 3 tahun kontrak pinjaman
Gaji pokok waktu ini = RM1336.83


gaji bersih yang tinggal = rm756.24

Tolak ransum
Tolak peruntukan untuk mak = rm100
Tolak insurans kelompok
Tolak Lembaga Tabung

Berapa je gaji?
Cukup tak.
Aku bengang sebab gaji skot2 adik kami, lebih besar lg dlm rm1700
full stop.

potongan sehinggalahhhh........

disember 2014 : rm561.39
Jan 2015 : rm561.39
Feb 2015 : rm561.39
Mac 2015 : rm561.39
Apr 2015 : rm561.39
Mei 2015 : rm561.39
Jun 2015 : rm561.39
Julai 2015 : rm561.39
Ogos 2015 : rm561.39
Sep 2015 : rm561.39
Okt 2015 : rm561.39
Nov 2015 : rm561.39
Dis2015 : rm561.39

Disember 2015

Gaji pokok aku naik: dari Rm1336.83 ke Rm1636.83
Gaji tunggakan yang selama ni aku tak dapat = RM8658.30

ni gaji aku total 10k+

Aku dah senyum dah masa ni. Yelah. total pendapatan je RM10,692.63
Mana tak senyum hehe
Penantian dan usaha aku akhirnya membuahkan hasil.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketahui Bagaimana Rahsia Orang Biasa Buat Duit Automatik Hanya Dari Rumah !!

100 88 Yang Pertama Mendaftar Akan Mendapat Siri Panduan Buat Duit Secara PERCUMA!

Sila isikan nama dan email anda dibawah:

Laporan Sulit #1: "Rahsia Bodoh Teknik Side Income Buat Duit Dari Rumah Secara Automatik DiRumah!" Laporan Sulit #2: "Sistem Buat Duit RM3,260 Dalam 30 Hari Cara Senang!"
Nama:
Email Utama:

I fully respect your email privacy!