Bank BSN di Kota sentosa, Kuching sarawak.
Niat saya sebenarnya nak check samaada akaun saya
masih boleh digunakan ataupun tidak.
Last date adalah pada tahun 2016.
Setelah dilihat oleh pegawai bank
mereka dapati akaun saya tidak lagi aktif.
dan mereka terus menggunting hujung buku simpanan
menandakan akaun saya tidak lagi aktif.
Tetapi baki duit masih ada di dalamnya.
Itu tidak mengapa kerana duit kita itu sebenarnya
boleh dimohon di pejabat yang boleh dikategorikan
sebagai Wang Tidak Dituntut.
Alang-alang sudah menyeluk pekasam, maka
saya fikir eloklah saya saya seluk biar ke pangkal lengan.
Jadinya
saya terus bertanya kepada pegawai yang bertugas
untuk menyemak samaada deposit sijil simpanan premium
saya masih ada atau tidak.
Dan ..
tak sangka, walaupun sudah lama
dari tahun 2011 lagi saya membeli SSP BSN ini.
Ia masih tersimpan di dalam akaun SSP saya.
Bukan SSPN yerrr...Baca betul-betul
Apa Yang Perlu saya Buat untuk dapatkan statement SSP BSN?
- Ambil no giliran
- Pergi ke kaunter amoi bank yang bertugas dan cakap "Selamat pagi cik/encik, Boleh tak saya nak dapatkan statement SSP saya yang lama?"
- Amoi tu akan Print dan beri pada anda.
![]() |
Ini adalah Statement Sijil Simpanan Premium BSN saya. Tarikh terbaru printed: 1 nov 2019 |
Itu sahaja perkongsian saya.
Semoga bermanfaat.
Sebarang pautan balik, amat dialu-alukan.
Regards,
RunnerSofie
0 komen:
Post a Comment